Pages

Wednesday, May 5, 2010

erti kebahagiaan

bersuami isteri adalah pergaulan seorang lelaki dan perempuan secara bebas mengikut cara y dihalalkan oleh agama.bagi seorang islam hidup bersuami isteri bermula sesudah sempurna akad nikah.
lelaki y menjadi suami menerima nikah isterinya.sejak itulah kehidupan suami isteri bermula.mudah-mudahan ianya akan berterusan hingga ke akhir hayat.
hidup bersuami isteri itu bererti bersatunya kehidupan manusia y berlawanan jenis dgn cara y sah dan halal.jika dahulunya sebelum berkahwin lelai menjalani kehidupan cara tersendiri,begitu juga perempuan
apabila berkawin,akan diwujudkan 1 kehidupan y mengabungkan gaya-gaya hidup y berlawanan ini menjadi satu.cita-cita hidup menjadi satu.perjuangan menjadi satu.sekiranya sesuatu perbuatan itu mendatangkan kebahagiaan kepada suami,isteri pun dpt merasakannya.cara hidup seperti inilah y akan membawa bahagia.
sudah menjadi adat dunia,utk mencapai kemuliaan perlulah menempuhi kesulitan.utk mencapai kehidupan y indah perlulah mengharungi kesusahan.utk mencapai kebahagiaan suami isteri perlulah berusaha bersungguh-sungguh.seluruh kehidupan dikorbankan utk mencapai bahagia,agar dpt menikmati syurga dunia.
kehidupan y dijuangkan utk mencapai bahagia itu memerlukan kekuatan fizik,roh dan minda.jika nakhodanya bijak dlm mengemudikan kapalnya,maka selamatlah kapal itu ke tepi pantai.jika tidak,maka besar kemungkinan kapal itu akan karam ditengah gelora lautan.
ada rumahtangga y kekal,ttp dlm keadaan bermuram durja.terdapat rumahtangga y masih kekal,walaupun berlaku curang didlmnya.sesungguhnya usaha utk membentuk rumahtangga y bahagia perlu dijayakan oleh kedua suami isteri.jika berlaku disebelah pihak sahaja,kebahagian tidak akan berlaku.dan juga penceraian akan terjadi.

No comments:

Post a Comment