Pages

Tuesday, May 4, 2010

cinta bermula dihari perkahwinan

agama islam adalah agama y mengaturkan dgn sempurna mengenai adab bercinta dan perkahwinan.islam mengiktirafkan cinta ttp perlu berada pada masa dan tmpat y btul.islam juga mengiktiraf seks ttp hanya apabila sudah berkahwin dan bersama pasangan y sah.
golongan pertama y berkahwin sebelum bercinta sebenarnya boleh mencapai tahap kebahagiaan.inilah y telah dipraktikkan oleh golongan tua zaman dulu.banyak rumahtangga y aman tenteram,penceraian jarang berlaku,dan hubungan kekeluargaan antara menantu dan mertua erat.pilihan pasangan oleh org tua itu boleh dilakukan ttp belum tentu boleh menjamin kebahagiaan pasangan berkenaan.ianya bergantung pada kebijaksanaan ibu bape berkenaan dan kesedaran agama.sekiranya ibu bapa mencarikan jodoh y taat pada agama,kemungkinan anknya akn bahagia.jika ibu bapa mencarikan dr segi harta,pangkat,dan kedudukan pula mungkin tidak sesuai dr segi umurnya....
golongan ke-2 y bercinta sebelum berkahwin belum tentu boleh bahagia.ramai y tidak kekal rumahtangganya.ramai y sebenarnya tidak bahagia walaupon tidak bercerai.hal ini boleh berlaku kerana sewaktu bercinta dulu masing-masing bertopengkan kebaikan,mereka hanya menunjukkan kebaikan sahaja y buruk disembunyikan.bila sudah berkahwin,perlakuan buruk terserlah dgn sengaja atau tidak sengaja.
golongan ke-3 y hamil sebelum berkawin lg teruk akibatnya.mungkin akan ditimpa trauma sepanjang hayat lantaran dihantui bayangan perkara y dilarang itu.wanita ini akan mudah cemburu kerana memikirkan wanita lain juga sanggup melakukan perkara y dilakukannya dahulu.dia pon berfikir suaminya akan melakukan perkara y sama seperti y pernah suaminya lakukan padanya dulu.begitulah jga keadaan si suami,apabila cemburu ini dtg...akan berlakulah pergaduhan dan tuduh menuduh hingga rumahtangga bole berantakan.
golongan ke-4 y hamil ttp tidak berkahwi lg mengalami nasib y amat malang.mungkin wanita ini akn berkawin dgn lelaki lain,namun titik hitam dlm kehidupannya sukar dipadamkan.ini boleh menyebabkan dirinya menjadi tertekan dan merasakan hidupnya sudah tiada makna.jika berumahtangga sekalipon sukar mengecapai kebahagiaan.mungkin ada y memilih utk tidak berkawin utk selama-lamanya.
dasar-dasar cinta sebelum berkawin,hamil sebelum kawin,dan hamil ttp tidak berkawin amat dilarang dlm islam.sesungguhnya islam melarang keras hubungan bebas antara lelaki dan perempuan y belum berkawin.
walaupun perkenalan awalnya hanya utk mengenali hati budi pasangan dgn lebih rapat,hubungan ini terdedah kpd godaan y amat besar.nafsu berahi amatlah sukar dikawal.apabila nafsu memuncak,akal dan pertimbangan akan hilang.dan amatla cenderung pd kancah maksiat iaitu ZINA.
islam mengharuskan khitbah(usaha mencari jodoh)dgn melihat pasangan dimana kedua piha hadir(keluarga).kedua-duanya boleh melihat antara satu sama lain ttp mengikut pakaian y sempurna mengikut hukum islam.dari melihat itu diharap pasangan akan membuat keputusan berkahwin dgn y dilihat.boleh dilihat lg jia perlu ttp dgn izin keluarga.jelas pada kita,islam tidak menutup keputusan memilih,ttp mengawal dgn sehabis sempurna supaya perkara buruk dpt dielakkan dr berlaku dan memudaratkan byk pihak.itulah murninya pendekatan islam mengenai cinta dan perkawinan.islam menjaga kesucian teruna dan dara agar masing-masing kekal suci hingga gerbang perkahwinan.bagi teruna dan dara sejati,mereka tidak pernah dinodai kekotoran akhlak.mereka memulakan hidup baru dgn diri y suci dan dgn itulah mereka mempu melahirkan cinta y suci.pendekatan islam amat sesuai dgn perkataan pengantin baru.sesuatu y baru itu gemilang cahayanya.tidak mempunyai habuk,tidak berkarat,tidak rosak,tidak pudar dan tidak pernah dipegang-pegang dgn sewenang-wenangnya.
cinta y dibina dr hari perkahwinan sebagaimana y diajar oleh islam ialah cinta sejati.ia bkn nafsu y bertopengkan cinta.cinta pasangan suami isteri muslim itu berpijak pada bumi y nyata,bkn angan-angan dan bkn khayalan ttp kenyataan.cinta menurut islam itulah moga-moga dpt memberikan kebahagiaan y total dan abadi........

No comments:

Post a Comment