Pages

Thursday, May 6, 2010

bahagia itu dimana..???

renungan

dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan utkmu isteri-isteri dar jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNYA diantaramu kasih dan sayang....
-surah Ar-RUM:21-

seorang isteri sepatutnya dpt merasakan kehidupan zahir dan batin bersama suaminya.pergaulan y berlaku adalah pergaulan rohani dan jasmani.isteri perlulah memberi kepuasan rohani dan jasmani kpd suaminya.suami juga perlulah memberikan perkara y sama.dgn penuh keikhlasan dan hati suci.inilah kesucian hidup y diikat dgn kesucian juga..dan inilah kehidupan y sejati.
maka perkahwinan itu bkn saja utk menyatukan batang tubuh ke laut nikmat dambaan nafsu semata-mata...namun bertujuan melahirkan zuriat pengganti,mendidik anak-anak agar berguna dan patuh kpd agama.berusaha utk kecemerlangan keluarga,dan utk merasa kebahagiaan hidup y sebenar.
tidak dinafikan bahawa perkahwinan itu bertujuan utk mengawal nafsu syahwat dan menyalurkannya ke jalan y betul dan diredhai.nafsu syahwat itu keinginan utk berjima'@dukhul....adalah keinginan utk mengeratkan silaturrahim batiniyah....
sekiranya nafsu syahwat itu tidak dipuaskan,suami dan isteri tidak dpt mengecapi kebahagiaan berumahtangga.itu sbbnya ilmu pengetahuan mengenai ilmu berkasih sayang adalah satu seni y serius dan patut dipelajari dan dikuasai dgn baik.

Wednesday, May 5, 2010

erti kebahagiaan

bersuami isteri adalah pergaulan seorang lelaki dan perempuan secara bebas mengikut cara y dihalalkan oleh agama.bagi seorang islam hidup bersuami isteri bermula sesudah sempurna akad nikah.
lelaki y menjadi suami menerima nikah isterinya.sejak itulah kehidupan suami isteri bermula.mudah-mudahan ianya akan berterusan hingga ke akhir hayat.
hidup bersuami isteri itu bererti bersatunya kehidupan manusia y berlawanan jenis dgn cara y sah dan halal.jika dahulunya sebelum berkahwin lelai menjalani kehidupan cara tersendiri,begitu juga perempuan
apabila berkawin,akan diwujudkan 1 kehidupan y mengabungkan gaya-gaya hidup y berlawanan ini menjadi satu.cita-cita hidup menjadi satu.perjuangan menjadi satu.sekiranya sesuatu perbuatan itu mendatangkan kebahagiaan kepada suami,isteri pun dpt merasakannya.cara hidup seperti inilah y akan membawa bahagia.
sudah menjadi adat dunia,utk mencapai kemuliaan perlulah menempuhi kesulitan.utk mencapai kehidupan y indah perlulah mengharungi kesusahan.utk mencapai kebahagiaan suami isteri perlulah berusaha bersungguh-sungguh.seluruh kehidupan dikorbankan utk mencapai bahagia,agar dpt menikmati syurga dunia.
kehidupan y dijuangkan utk mencapai bahagia itu memerlukan kekuatan fizik,roh dan minda.jika nakhodanya bijak dlm mengemudikan kapalnya,maka selamatlah kapal itu ke tepi pantai.jika tidak,maka besar kemungkinan kapal itu akan karam ditengah gelora lautan.
ada rumahtangga y kekal,ttp dlm keadaan bermuram durja.terdapat rumahtangga y masih kekal,walaupun berlaku curang didlmnya.sesungguhnya usaha utk membentuk rumahtangga y bahagia perlu dijayakan oleh kedua suami isteri.jika berlaku disebelah pihak sahaja,kebahagian tidak akan berlaku.dan juga penceraian akan terjadi.

Tuesday, May 4, 2010

payung cinta

dari mana
datangnya cinta
dari mata turun ke
hati ke hati
bersuami isteri

agama ialam telah
mengaturkan cara
bagaimana
bercinta kerana
ALLAH...cara islam
adalah mudah
iaitu dengan
mewujudkan perkahwinan

berseronok
seronok antara
lelaki dan wanita
adalah fitrah
kejadian insan
islam
membolehkan hal
itu tetapi dengan
syarat
melakukannya
bersama pasangan
y sah
menghampiri
pasangan dengan
rasa kasih sayang
berpelukan
berciuman dan
bersetubuh itu
adalah hak mutlak
bagi pasangan
y telah
menjadi suami isteri
tidak
sebelumnya atau
dengan orang y lain
darinya....

inilah nikmat ALLAH
y telah dikurniakan
kepada manusia
bercinta kerana
ALLAH

cinta ini amatlah
bernilai harganya
dan patut
membuatkan
ornag yang
bercinta cara lain
marasa alah dan
malu....

cinta ini yang
dipayungkan oleh
pernikahan akan
menyebabkan
suami
memandang
tubuh isteri
dengan rasa kasih
dan berahi yang
bersih dari niat
jahat dan kotor
begitulah juga
bagi pihak isteri
apabila
memandang
suaminya
pandanglah apa
yang mahu
dipandang.....

payung cintalah
yang menjadi
pendorong bagi
manusia agar
berkahwin dan
merealisasikan
cintanya sejak
malam pengantin.......

cinta bermula dihari perkahwinan

agama islam adalah agama y mengaturkan dgn sempurna mengenai adab bercinta dan perkahwinan.islam mengiktirafkan cinta ttp perlu berada pada masa dan tmpat y btul.islam juga mengiktiraf seks ttp hanya apabila sudah berkahwin dan bersama pasangan y sah.
golongan pertama y berkahwin sebelum bercinta sebenarnya boleh mencapai tahap kebahagiaan.inilah y telah dipraktikkan oleh golongan tua zaman dulu.banyak rumahtangga y aman tenteram,penceraian jarang berlaku,dan hubungan kekeluargaan antara menantu dan mertua erat.pilihan pasangan oleh org tua itu boleh dilakukan ttp belum tentu boleh menjamin kebahagiaan pasangan berkenaan.ianya bergantung pada kebijaksanaan ibu bape berkenaan dan kesedaran agama.sekiranya ibu bapa mencarikan jodoh y taat pada agama,kemungkinan anknya akn bahagia.jika ibu bapa mencarikan dr segi harta,pangkat,dan kedudukan pula mungkin tidak sesuai dr segi umurnya....
golongan ke-2 y bercinta sebelum berkahwin belum tentu boleh bahagia.ramai y tidak kekal rumahtangganya.ramai y sebenarnya tidak bahagia walaupon tidak bercerai.hal ini boleh berlaku kerana sewaktu bercinta dulu masing-masing bertopengkan kebaikan,mereka hanya menunjukkan kebaikan sahaja y buruk disembunyikan.bila sudah berkahwin,perlakuan buruk terserlah dgn sengaja atau tidak sengaja.
golongan ke-3 y hamil sebelum berkawin lg teruk akibatnya.mungkin akan ditimpa trauma sepanjang hayat lantaran dihantui bayangan perkara y dilarang itu.wanita ini akan mudah cemburu kerana memikirkan wanita lain juga sanggup melakukan perkara y dilakukannya dahulu.dia pon berfikir suaminya akan melakukan perkara y sama seperti y pernah suaminya lakukan padanya dulu.begitulah jga keadaan si suami,apabila cemburu ini dtg...akan berlakulah pergaduhan dan tuduh menuduh hingga rumahtangga bole berantakan.
golongan ke-4 y hamil ttp tidak berkahwi lg mengalami nasib y amat malang.mungkin wanita ini akn berkawin dgn lelaki lain,namun titik hitam dlm kehidupannya sukar dipadamkan.ini boleh menyebabkan dirinya menjadi tertekan dan merasakan hidupnya sudah tiada makna.jika berumahtangga sekalipon sukar mengecapai kebahagiaan.mungkin ada y memilih utk tidak berkawin utk selama-lamanya.
dasar-dasar cinta sebelum berkawin,hamil sebelum kawin,dan hamil ttp tidak berkawin amat dilarang dlm islam.sesungguhnya islam melarang keras hubungan bebas antara lelaki dan perempuan y belum berkawin.
walaupun perkenalan awalnya hanya utk mengenali hati budi pasangan dgn lebih rapat,hubungan ini terdedah kpd godaan y amat besar.nafsu berahi amatlah sukar dikawal.apabila nafsu memuncak,akal dan pertimbangan akan hilang.dan amatla cenderung pd kancah maksiat iaitu ZINA.
islam mengharuskan khitbah(usaha mencari jodoh)dgn melihat pasangan dimana kedua piha hadir(keluarga).kedua-duanya boleh melihat antara satu sama lain ttp mengikut pakaian y sempurna mengikut hukum islam.dari melihat itu diharap pasangan akan membuat keputusan berkahwin dgn y dilihat.boleh dilihat lg jia perlu ttp dgn izin keluarga.jelas pada kita,islam tidak menutup keputusan memilih,ttp mengawal dgn sehabis sempurna supaya perkara buruk dpt dielakkan dr berlaku dan memudaratkan byk pihak.itulah murninya pendekatan islam mengenai cinta dan perkawinan.islam menjaga kesucian teruna dan dara agar masing-masing kekal suci hingga gerbang perkahwinan.bagi teruna dan dara sejati,mereka tidak pernah dinodai kekotoran akhlak.mereka memulakan hidup baru dgn diri y suci dan dgn itulah mereka mempu melahirkan cinta y suci.pendekatan islam amat sesuai dgn perkataan pengantin baru.sesuatu y baru itu gemilang cahayanya.tidak mempunyai habuk,tidak berkarat,tidak rosak,tidak pudar dan tidak pernah dipegang-pegang dgn sewenang-wenangnya.
cinta y dibina dr hari perkahwinan sebagaimana y diajar oleh islam ialah cinta sejati.ia bkn nafsu y bertopengkan cinta.cinta pasangan suami isteri muslim itu berpijak pada bumi y nyata,bkn angan-angan dan bkn khayalan ttp kenyataan.cinta menurut islam itulah moga-moga dpt memberikan kebahagiaan y total dan abadi........

cinta dibuktikan tapi tidak berkahwin

cinta boleh menyerupai berbagai rupa.ada y tulus dlm cintanya,ada y hanya mengambil kesmpatan,ada jua lelaki y hanya di bibir berkata cinta tapi hakikatnya hanya mahu menikmati tubuh badan pasangannya shj.dia mempunyai atlamat tersendiri.
sayangny si gadis apabila di ajak keluar,hatinya melonjak2 kesukaan,kerana dia skrg tahu dirinya menarik dan menggoda hati lelaki.dia keluar bersama pasangan dan tidak segan-segan meluahkan perasaan cinta.bila berdua-duan sentuhan dan belaian membuat mata jadi kelabu.bila dirangkul amat berat utk menolak nikmatnya,bila dicumbu fikiran mula hilang,tanpa disedari dia sudah tiada dara lg.
hamilnya dia disertai dgn tangisan,kata bidalan apabila seorang wanita mula menangis...seluruh dunia akan menangis.nasi sudah menjadi bubur,lelaki y melakukan perkara itu mungkin telah hilang entah kemana,jika berjumpa 1x pon menafikan itu bkn anknya.si perempan y dlunya seorang perawan kini menjadi ibu tanpa suami.hendak mengadu dirogol,rasa serba tidak kena kerana diri sendiri juga suka.
org ramai sedih dan pilu apabila timbul berita menyatakan wanita tlh menggugurkan ank.atau lebih teruk membunuh ank itu apabila lahir saja ke dunia.
itulah akibatnya cinta,jika tidak difahami boleh membawa celaka dan duka.

Friday, April 30, 2010

cinta dibuktikan sebelum kahwin

semakin moden dunia ini,semakin kacau fikiran golongan ank2 muda.terutamanya y terpengaruh dgn pergaulan bebas ala barat.jika dulu cinta hanya diungkapkan dgnpantun dan gurindam@lagu dan kata y mengesankan namun kini cinta sudah dibuktikan dgn perlakuan.
jika generasi dahulu bercinta dgn berpegangan tangan dan bersembang2,cinta generasi kini pula bkn hanya berpegangan tangan,malah berciuman,berdakapan dan melakukan hubungan kelamin.kononnya itulah bukti cinta sebenar.bahawa cinta memerlukan pengorbanan.dari itu berilah apay boleh diberi,aslkan bahagia.perlakuan y mana pada zaman dahulu menjadi pantang besar teruna bkn lg teruna,dan dara bkn lg dara.agama tidak lg menjadi pegangan golongan ini.
malah,ada golongan ank muda y telah berpengalaman dgn pasangan sebelum berkahwin.gejala bohsia dan bohjan terjadi kerana mereka melabelkan mana y patut,sedangkan akibatnya amatlah buruk utk dicatatkan,hingga nama ibu bapa menjadi sebutan org,dikatakan tidak pandai menjaga ank.
apabila termengandung,pasangan y bertanggungjawab terpaksalah membuat keputusan segera utk berkahwin.jika diketahui org tuanya sebolehnya ingin dirahsiakan dr pengetahuan org lain.andai naik pelamin,perut wanita y hamil diikat kuat agar prut y hamil muda tidak kelihatan.buat dahulu resmi kemudian.
pasangan ini boleh juga bahagia apabila berkahwin,buang y keruh ambil y jernih.cuma dikhuatiri perkawinan itu berlaku atas dasar keterpaksaan,y boleh menyebabkan jiwa-jiwa y terlibat memberontak apabila terjadi perselisihan faham antara suami isteri,dan ini boleh mengugat keharmonian rumahtangga.

cinta sebelum berkahwin

apabila sistem pendidikan menjadi kemestian,anak-anak berpeluang pula utk bersekolah hingga peringkat tinggi.pergaulan menjadi lebih bebas,banyak erkara y berlaku pada ank2 y dahulunya dpt diperhatikan oleh ibu bapa telah berlaku tanpa pengetahuan mereka.adat y lama y mula dirasakan tidak sesuai mula ditinggalkan.ank2 muda ingin mencari dan memilih sendiri pasangan hidup mereka.
golongan muda mempunyai falsafah baru dlm hidup mengenai kehidupan ini.pada mereka cinta perlu mendahului perkahwinan.mereka hanya akan berkahwin dgn org y mereka cintai.dgn falsafah y sedemikian,ank2 muda mula berkenalanlah dgn jantina y berlawanan,kemudian utk mengetahiu samada y diidamkan itu sama jtuh hati.sampai masanya,maka cinta dilafazkan.tapi belum tentu lagi mereka akan berkahwin.y putus cinta dptlah merasakan betapa pedihnya apabila kecewa dlm bercinta.lagu-lagu y bertemakan putus cinta menjadi dendangan hatta di bilik mandi.seperti kata org y tahu,manusia itu akan menyanyi apabila berada dlm keadaan kecewa.
malah.dlm masa mereka berkenaln dan bercinta itu mereka mula merancang masa dpn dan bercerita bersama.jika ditakdirkan ada jodoh,barulah pihak lelaki dtg meminang mengikut adat bangsa.ibu bapa tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju sahaja,walaupun ibu bapa mempunyai hajat@jodoh lain.
pasangan ini mudah memulakan penghidupan y baru kerana mereka telah mengenali satu sama lain.mereka sudah lama tidak kaku.
mereka y mempraktik cara ini boleh hidup bahagia juga,tetapi mungkin menghadapi masalah kesesuaian menantu perempuan dgn ibu mertuanya.dlm byk hal,ibu mertualah y byk mempersoalkan kewibawaan menantu perempuanya dlm memainkan peranan sbg isteri.

cinta setelah berkahwin

pada masa dahulu,dan masih ada pada waktu sekarang terutama di desa-desa,pilihan bakal pasangan adalah terletak pada keputusan ibu dan bapa.mereka mencarikan menantu yang pada mereka bersesuaian utk menjadi teman hidup ank mereka.pada kebiasaannya usaha itu dilakukan secara senyap-senyaptanpa diketahui ank y berkaitan.ibu dan bapa mencarikan bakal menantu y hati-hati.faktor-faktor y diambil kira utk menantu laki termasuklah keturunan y baik,mempunyai harta benda,berakhlak baik dan mempunyai rupa paras y menarik.faktor-faktor utk menantu perempuan ialah kecantikan,keturunan y baik,harta,dan agama.
kebiasaannya bakal pengatin itu tidak berpeluang utk bersua muka,apatah lagi utk menyatakan setuju@tidak dgn keputusan org tuanya.lagipun sebagai org tua tentulah mereka telah mencarikan pasangan y paling baik dan sesuai utk ank mereka.
apabila sampai hari perkahwinan,mereka menikah dan mengikut kelaziman.pada hari itulah suaminya menemui kenaln barunya,isterinya,dan selaras dgn itulah memulakan kehidupan barunya.pandangan pertama antara satu sama lain itu mudah-mudahan menepati bidalan "dari mata turun kehati" walaupun tidak semestinya berlaku.
pada awal perkenalan itu,suami isteri keduanya merasa kaku.hati merasa mahu tapi juga merasa malu.hendak dikatakan tidak syg tidak kena pula.lagipun inilah satu-satunya pilihan y ditentukan oleh mereka.mahu tidak mahu cinta perlulah berputik dari hari perkenalan dan bermulanya kehidupan baru itu.namun rasa malu bkn lah mudah diatasi.maka tidaklah menghairankan apabila mendapati pasangan y sudah bekahwin ini masih juga kaku walau sudah berbulan berkahwin.masing-masing cuba menyelami perasaan pasangannya.cinta terbina sedikit demi sedikit,mereka mula belajar menjadi serasi,belajar syg menyayang dan membina masa dpn bersama.
pasangan suami isteriy berkahwin cara ini boleh hidup aman bahagia dan mempunyai ramai ank2.tetapi amaln ini mula ditinggalkan apabila duia semakin maju.....

Monday, April 26, 2010

hakikat cinta

dlm kehidupan suami isteri,kebahagian itu wujud dr rasa cinta,maka lebih bahagialah pasangan itu.tanpa wujudnya cinta,perkahwinan tiada ertinya dan ia merupakan beban serta menjadikan hati resah dan gelisah.tapi apakah CINTA itu..????
sesungguhnya setiap insan y berkahwin ingin berkahwin utk mencari ketenangan.ketenangan boleh dirasakan apabila insan itu berumagtangga.dgn wujudnya ketenangan,dptlah insan melakukan kerja@berfikir dgn lebih baik dan sempurna.kebahagiaan dpt dicipta dgn berumahtangga.
utk menjayakan tanggunjawab terhadap rumahtangga,seorang suami perlu ketenangan,fikiran y bersih dan tenaga y ckup utk mencari rezeki.apabila habis bekerja,seorang suami pulang kerumah utk berehat,berhibur dan bersenang2.....
ketenangan dlm rumahtangga juga perlu kerana rumahtangga merupakan tempat didikan asas anak2.ibu merupakan pendidik utama disamping bapa/ayah y juga bertugas mencari rezeki.semua ini merupakan tujuan perkahwinan berlaku.dan tidak mustahil terjadi kerana cinta.
tetapi perlu diingat,cinta senang disebut tetapi sukar difahami,malah ramai y menjadi dukacita kerana cinta.mungkin utk s'panjang hidupnya....
t'dapat berbagai2 presepsi ttg cinta...

Sunday, April 25, 2010

bukti cinta

taj mahal ialah sebuah "istana kenangan" y dibina oleh seorang suami utk isterinya y amat dicintainya diAgra,tanah hindustan.ia adalah banggunan y paling sempurna buatannya di maya pada ini dan menjadi satu dr tujuh banggunan di dunia ini.dan ini kerana cinta.pada pintu gerbang tertulis dlm bahasa arab bererti "selesai dibina dgn pertolongan ALLAH"
utk isteri mumtaz mahal@arjumand bano begum berdarah parsi y tercita itu,maharaja shah jahan telah membina 1 banggunan y amat seimbang,dimana seluruh banggunan dibina dgn menggunakan makmar makrana putih.Taj Mahal dibina bg mengingati mangkatnya Mumtaz Mahal pada 28 jun 1631 ketika melahirkan ank y ke 14.pada masa Mumtaz hendak bersalin,Shah jahan berada di Burhanpur.diberitakan disaat akhir hayatnya,Mumtaz Mhal telah menghantar puterinya Jahanara utk berjumpa dgn ayahandanya dan berpesan agar menjaga putera puterinya dgn baik apabila dia sudah tiada.w/bagaimanapun,Shah Jahan sempat berada disisi sewaktu kemangkatannya.
Taj Mahal itu dibina istemewa berhampiran sungai,tanah itu dibeli olah shah jahan dengan harga 4 buah rumah y besar.Taj mahal terdiri dr baradari atau dewan besar y digunakan sbg tempat istirehat.disitu juga terdapat masjid dan juga makan dimana mumtaz mahal disemadikan.shah janan juga disemadikan disitu,disisi permaisurinya,apabila baginda mangkat pada tahun 1666.
betapa tidak,rumahtangga itu diistilahkan juga sbg syurga dunia.syurga adalah tempat paling menikmatkan.jika kita dpt menikmati syurga dunia,maka kita akn dpt memikirkan betapa bhagianya jika kita berterusan menikmatinya diakhirat.sebenarnya,jika anda membina syurga maka besarlah kemungkinan anda akan menghuni syurga diakhirat.bersua kembali dgn pasangan anda kasihi,dan diakhirat anda meneruskan cinta kasih dan berahi anda bersama pasangan anda dlm keadaan tidak perlu bekerja mencari nafkah sepertimana di dunia.malah sebenarnya isteri itu dijadikan utk b'senang2 bersama suaminya di dunia dan mudah2-han diakhirat.
tapi utk menikmati syurga dunia anda dan pasangan anda perlulah berusaha kearah keharmonian dan kecemerlangan rumahtangga.bkn saja r/tgga itu menjadi bahagia,ttp ia juga m'jadi cemerlang.percaya@tidak r/tgga y cemerlang itu sudah pasti lahir dari b'jayanya pasangan suami isteri melayarkan seni asmara dgn cemerlang.ttp ia ttp menjadi rahsia suami isteri.
anda tahu,anda melakukannya dan anda merahsiakan apa y anda lakukannya.

titipan khalifah

hubungan antara suami isteri adalah merupakan roh bagi perkahwinan.dengan melakukan asmara secara sempurna,maka lahirlah zuriat yang cemerlang sbg pengganti..perlakuan asmara yang sempurna bererti penyaluran tenaga batin secara sistematik antara suami isteri,ianya dilakukan secara mencukupi tetapi tidak berlebihan.tenaga batin y b'lebihan akn d'tukar'n pula menjadi tenaga kreatif dan inovatif,dimana ianya digunakan pula utk m'beri nafkah zahir kpd isteri dan ank2,seterusnya utk memajukan diri t'utamanya dlm bidang perniagaan y memerlukan kesungguhan dan komitmen y tggi,dan dlm masa y sama dpt m'berikan layanan y istemewa kpd suami@isteri.
sesungguhnya inilah y dilakukan oleh mereka y berjaya dan terkenal.hidup mereka bkn b'nafaskan seks ttp bernafaskan kejayaan.mereka melakukan seks dgn peraturan2 tertentu dan kemudiannya menggunakan tenaga seks utk menjadi kreatif,inovatif dan bijak dlm m'buat keputusan.dgn cara ini boleh m'capai tahap k'cemerlangan y sukar dicapai oleh org2 y cuma mementingkan seks dan melayani nafsu serakahnya.

Friday, April 23, 2010

hye...!!!!!!!!it's a 1st time gua tlis bloggger...mcm pelik je kan...tp bakat mmg ade la dlm menilis juz jarang praktik...hehehe...aku ni student sijil kemahiran..